Posts Tagged ‘messtin’

megi ketam

 

Alatan Penyediaan Makanan Yang Patut Di Bawa

Tajuk diatas merupakan satu situasi kerinduan kepada makanan darat ketika berada di belantara 🙂

Apabila kita kemana saja mesti kita perlukan makanan,tapi dalam hal masuk hutan,penyediaannya berbeza sikit dari kat dapur rumah kerana peralatan asas yang terhad.

Mungkin entri ini sudah diketahui isinya oleh mereka yang biasa masuk ke dalam hutan,pun begitu,kami rasa ianya sesuai untuk di hebahkan di mata umum untuk dijadikan panduan ataupun informasi kelak..

Berikut merupakan peralatan yang anda patut bawa untuk menyediakan makanan ketika berada dalam hutan atau tempat yang jauh dari dapur rumah :p

1.Messtin – sebagai dapur dan bekas makan (harga rm 20.00 untuk 2 in 1)

messtin

 

2.Hexamine metal cooker set sebagai dapur disertakan sekali dengan lilin (Rm 6.00)

hexamine metal cooker

 

3.Lilin askar/solid fuel (Rm 3.50)

solid fuel

4.Gas dan dapur moden pelbagai pilihan -anda boleh pilih dari model campingaz dan finex biasanya bermula harga dari rm6.90 untuk gas cv470

bluet

5.Pisau-tak kira lah saiz tapi yang penting ianya tajam

aitor

6.Fire Starter atau lighter beserta dengan sedikit kapas atau habuk kayu

fire starter

7.Serbuk perasa (garam,gula,kunyit,lada hitam dan sebagainya)

8.Panadol air – yang ni berbentuk tablet dan kegunaanya untuk meneutralkan air yang bakal dimasak

purisafe

9.Cooker set kalau perlu

cookset

 

10.Paling penting bahan makanan tu..kalau dapur gempak tapi xde bahan makanan buat ripin mengamuk nanti ye dakk?

 

 

meggi

 

Kawan rasa setakat ni dulu asas untuk memasak..da cukup ni..kalau ada pertambahan boleh la kawan-kawan bgtau yer..

 

Sekian,

Terengganu Outdoor Store

 

Tuan/Puan yang dihormati,kalau ada/berkunjung ke Kuala Terengganu boleh dapatkan meggi ketam yang super pekat dengan ketam Size XL kat kedai member penulis di alamat berikut :

FENDY TOMYAM & SEAFOOD

JALAN KUALA BERANG-KUALA TERENGGANU,

KG GONG PAUH,20050,KUALA TERENGGANU

(Kedainya sebelum traffic light menghala ke pasaraya Nirwana Kg Kubang Parit dan berhadapan dengan kedai perindu kuning,area pasar borong merbau patah tu..)

lapar

 

 

Lapar Lapar Lapar Lapar Lapar

Baiklah,entri ini ada berkaitan dengan bagaimana mengatasi rasa lapar ketika berada didalam hutan.

Sebenarnya berapa banyak bahan makanan yang perlu dibawa masuk ke dalam hutan itu bergantung kepada diri masing-masing.Kami disini nak mencadangkan beberapa teknik masakan ketika berada didalam hutan.Kiranya teknik ini ada yang kami pernah cuba.Kesedapannya bergantung kepada kepakaran anda memasak la kan.

Puas membebel,apa kata kita tengok peralatan asas yang perlu dibawa untuk menyediakan resepi yang ada dibawah

1.Fire starter atau Lighter

starter

 

Seeloknya bawa sekali kapas dan kalau anda rajin bawa sekali habuk kayu dan bungkus dalam plastik supaya ianya tidak basah.Hutan di Malaysia ni bukan selalu kering,jenis hutan kita dipanggil hutan hujan tropika yang mana taburan hujannya adalah agak boleh tahan..So kenalah bersedia dari segi alatan asas punca nyalaan yang betul-betul kering kan?

 

Pengetahuan alterntif ini penting untuk elak kebuluran ketika berlaku situasi kecemasan.

 

Resepi 1 – Roti Lilit

roti lilit

Bahan-Bahan

  • Tepung gandum 
  • Garam
  • Air
  • Ranting kayu @ Buluh yang telah dibelah

Cara sedia

  • Nyalakan api didalam lubang yang berukuran 2x1kaki dengan kedalaman yang sesuai
  • Campurkan semua bahan diatas
  • Uli sehingga menjadi doh
  • Bila doh tadi dah siap,uli menjadi bentuk kerepok lekor
  • lilit doh diatas kepada buluh atau ranting kayu
  • Panggang di tepi api sederhana sambil pusing-pusing  hingga masak
  • Cuba cucuk doh tadi dengan ranting halus,kalau tak melekit boleh angkat dan hidangkan atas dedaun atau bekas yang ada

Resepi 2-Nasi Kelapa

nasi kelapa

 

Teringat pulak teka-teki cikgu sekolah dulu,masa tu dia tanya ‘murid-murid,pokok apa yang ada 1001 guna?’ dan semua murid serentak jawab kelapa…pandai betol..Ok,jom tengok camne nk sediakan nasi dalam buah kelapa ni..

Bahan-Bahan

  • Kelapa tua secukupnya
  • Beras seckupnya
  • beberapa daun kelapa atau daun pandan

Cara Sedia

  • Kupas sabut kelapa tua (jangan belah kelapa)
  • Buat lubang kecil pada kelapa supaya beras boleh diisi melaluinya
  • Beras yang bersih tadi dimasukkan perlahan-lahan kedalam kelapa dan ia akan bercampur dengan air kelapa
  • Tutup lubang tadi guna daun kelapa atau daun pandan supaya bila mendidih takdelah membuak-buak beras tu keluar
  • Masukkan kelapa dalam bara api
  • Cara nak tengok masak ke belom nasi tadi ialah kira-kira tempurung kelapa tadi hangus
  • Belah kelapa bila sudah masak dan nikmatinya rasanya macam nasi lemak antarabangsa..fuhhh!

Respi 3 – Nasi Buluh

nasi buluh

 

Bahan-Bahan

  • Buluh lemang secukupnya
  • Beras secukupnya
  • Air
  • Daun Pisang

Cara Sedia

  • Potong 2 bahagian buluh ikut panjang yang sesuai
  • Cuci dalam buuh tadi hingga bersih
  • Lapik bahagian dalam buluh menggunakan daun pisang
  • Sediakan beras separuh dari ketinggian buluh tadi
  • Tuang air sehingga 3/4 penuh
  • Tutup hujung dengan cara buat simpulan dengan menggunakan daun pisang supaya ianya tidak bercampur habuk bara
  • sendengkan buluh kat tepi bara api
  • Tunggu sehingga buluh kering
  • Enjoy your meal!

Resepi 4-Telur dalam tanah liat

telur tanah liat

 

Bahan-Bahan

  • Telur secukupnya
  • Tanah liat secukupnya

Cara Sedia

  • Kumpul tanah liat yang diambil dari sungai kedalam satu bekas
  • Balut telur tadi dengan tanah liat kira-kira agak tebal
  • Masukkan dalam bara api
  • Angkat telur tadi bila tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah
  • Dah boleh makan

 

Itu dari kami buat masa ni.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

 

Terengganu Outdoor