Posts Tagged ‘hutan hujan tropika’

lapar

 

 

Lapar Lapar Lapar Lapar Lapar

Baiklah,entri ini ada berkaitan dengan bagaimana mengatasi rasa lapar ketika berada didalam hutan.

Sebenarnya berapa banyak bahan makanan yang perlu dibawa masuk ke dalam hutan itu bergantung kepada diri masing-masing.Kami disini nak mencadangkan beberapa teknik masakan ketika berada didalam hutan.Kiranya teknik ini ada yang kami pernah cuba.Kesedapannya bergantung kepada kepakaran anda memasak la kan.

Puas membebel,apa kata kita tengok peralatan asas yang perlu dibawa untuk menyediakan resepi yang ada dibawah

1.Fire starter atau Lighter

starter

 

Seeloknya bawa sekali kapas dan kalau anda rajin bawa sekali habuk kayu dan bungkus dalam plastik supaya ianya tidak basah.Hutan di Malaysia ni bukan selalu kering,jenis hutan kita dipanggil hutan hujan tropika yang mana taburan hujannya adalah agak boleh tahan..So kenalah bersedia dari segi alatan asas punca nyalaan yang betul-betul kering kan?

 

Pengetahuan alterntif ini penting untuk elak kebuluran ketika berlaku situasi kecemasan.

 

Resepi 1 – Roti Lilit

roti lilit

Bahan-Bahan

  • Tepung gandum 
  • Garam
  • Air
  • Ranting kayu @ Buluh yang telah dibelah

Cara sedia

  • Nyalakan api didalam lubang yang berukuran 2x1kaki dengan kedalaman yang sesuai
  • Campurkan semua bahan diatas
  • Uli sehingga menjadi doh
  • Bila doh tadi dah siap,uli menjadi bentuk kerepok lekor
  • lilit doh diatas kepada buluh atau ranting kayu
  • Panggang di tepi api sederhana sambil pusing-pusing  hingga masak
  • Cuba cucuk doh tadi dengan ranting halus,kalau tak melekit boleh angkat dan hidangkan atas dedaun atau bekas yang ada

Resepi 2-Nasi Kelapa

nasi kelapa

 

Teringat pulak teka-teki cikgu sekolah dulu,masa tu dia tanya ‘murid-murid,pokok apa yang ada 1001 guna?’ dan semua murid serentak jawab kelapa…pandai betol..Ok,jom tengok camne nk sediakan nasi dalam buah kelapa ni..

Bahan-Bahan

  • Kelapa tua secukupnya
  • Beras seckupnya
  • beberapa daun kelapa atau daun pandan

Cara Sedia

  • Kupas sabut kelapa tua (jangan belah kelapa)
  • Buat lubang kecil pada kelapa supaya beras boleh diisi melaluinya
  • Beras yang bersih tadi dimasukkan perlahan-lahan kedalam kelapa dan ia akan bercampur dengan air kelapa
  • Tutup lubang tadi guna daun kelapa atau daun pandan supaya bila mendidih takdelah membuak-buak beras tu keluar
  • Masukkan kelapa dalam bara api
  • Cara nak tengok masak ke belom nasi tadi ialah kira-kira tempurung kelapa tadi hangus
  • Belah kelapa bila sudah masak dan nikmatinya rasanya macam nasi lemak antarabangsa..fuhhh!

Respi 3 – Nasi Buluh

nasi buluh

 

Bahan-Bahan

  • Buluh lemang secukupnya
  • Beras secukupnya
  • Air
  • Daun Pisang

Cara Sedia

  • Potong 2 bahagian buluh ikut panjang yang sesuai
  • Cuci dalam buuh tadi hingga bersih
  • Lapik bahagian dalam buluh menggunakan daun pisang
  • Sediakan beras separuh dari ketinggian buluh tadi
  • Tuang air sehingga 3/4 penuh
  • Tutup hujung dengan cara buat simpulan dengan menggunakan daun pisang supaya ianya tidak bercampur habuk bara
  • sendengkan buluh kat tepi bara api
  • Tunggu sehingga buluh kering
  • Enjoy your meal!

Resepi 4-Telur dalam tanah liat

telur tanah liat

 

Bahan-Bahan

  • Telur secukupnya
  • Tanah liat secukupnya

Cara Sedia

  • Kumpul tanah liat yang diambil dari sungai kedalam satu bekas
  • Balut telur tadi dengan tanah liat kira-kira agak tebal
  • Masukkan dalam bara api
  • Angkat telur tadi bila tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah
  • Dah boleh makan

 

Itu dari kami buat masa ni.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

 

Terengganu Outdoor