Archive for the ‘Tip Perkhemahan’ Category

WO

KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN MENGGUNAKAN WALKING STICK

-Kebanyakan orang menganggap penggunaan tongkat ini sangat leceh,tidak penting,banyak buang masa.Padahal tongkat ini sangat penting dalam keperluan harian kita.

KEPENTINGAN(KENAPA PERLU BAWA)

1-Untuk membantu mengimbangi badan anda seperti merentasi sungai,melintasi kawasan batu yang tidak rata,melalui lereng-lereng bukit.

2-Untuk meningkatkan kecekapan anda seperti melangkah merentasi pokok yang tumbang atau menahan diri anda daripada jatuh.

3-Untuk mengurangkan tekanan pada belakang dan lutut anda.Kesannya memberi tenaga tambahan kepada anda sekiranya anda menggunakan tongkat ini.

4-Dijadikan sebagai senjata kecemasan

SETIAP KEBAIKAN ADA KEKURANGNYA IAITU

1-Harga yang sangat mahal

2-sukar untuk mencari alat gantian

3-Tidak boleh simpan dalam bag(yang tak boleh laras)

4-Menjadi gangguan ketika mendaki

5-Patah dan mudah rosak jika tidak tahu gunakannya

Betapa pentingnya tongkat pada diri kita..Nanti dah tua kena pakai tongkat juga,jadi belajar sekarang cara-cara menggunakan tongkat(gurau senda)…

SEKIAN,TERIMA KSAIH

TERENGGANU OUTDOOR STORE.

Ingin mencari barangan outdoor?

Hubungi kami di Cekal Bekal Outdoor Store,

455-E Jalan Kuala Berang,Merbau Patah

20050 Kuala Terengganu,Terengganu

Tel:09-6233133

Fax:09-6233133

Advertisements

TAKUT

 

 

TEKNIK MENGENALIJENIS HAIWAN MELALUI TAPAK KAKI DAN LANGKAH KESELAMATAN

-Kita sering keluar dan masuk ke dalam hutan,mendaki gunung,merentasi sungai-sungai dan menikmati keindahan alam semulajadi.Kita mungkin mengalami pengalaman pahit seperti terserempak dengan haiwan liar.Mungkin anda semua tidak tahu cara nak selamatkan diri,Disaat itu ada 2 kemungkinan yang akan berlaku iaitu membahaya ataupun tidak.

Di blog ini Terengganu Outdoor akan menceritakan teknik-teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki yang ditinggalkan.Terengganu Outdoor akan fokus pada haiwan seperti harimau belang,kumbang,gajah,babi hutan.Jom kita tengok satu persatu cara mengenali tapak kaki dan cara menyelamatkan diri

 

1-HARIMAU BELANG

HARIMAU

TAP

 

1-Harimau belang(panthera tigris) boleh di kesan jika anda ternampak kesan kaki seperti di atas.Ia menpunyai tubuh yang besar dan berbadan berbelang-belang.Harimau belang ini kebiasaannya bergerak sendirian.Harimau ini mempunyai kawasan atau wilayah-wilayah yang tersendiri,ia ditandakan dengan air kencingnya.Kebiasaannya harimau ini akan lari sekiranya menghidu       bau kita.hariamau ini tidak agresit jika kita tidak menganggu ia..Jadi berhati-hati.Jangan sesekali buat harimau itu naik marah.

MENGENALI KEHADIRANNYA

1-Jika terlihat tapak tapi tidak berbau hamis,anda xperlu risau mungkin si belang berada jauh dari anda.Tapi berjaga-jagalah

2-Jika terjumpa tapak kaki tapi berbau hamis dan hancing,anda jangan takut.Anda baru saja melalui wilayahnya.

3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak tapi bau hamis yang sangat-sangat kuat,jangan cemas.Si belang mungkin berada di sekitar kawasan itu.Anda di nasihatkan berhati-hati

4-Juga dapat dikesan melalui cakaran pada pokok

5-Melalui ngauman si belang.Jika bunyinya kuat,si belang mungkin berada 2 batu jauh dari tempat anda,tapi jika bunyinya perlahan si belang mungkin berada hampir dengan anda.

6-Terjumpa bangkai haiwan yang masih elok dengan kesan gigitan yang baru,mungkin si belang berada hampir dengan anda

TINDAKAN YANG PERLU DI LAKUKAN

1-Menjerit sekuat-kuatnya untuk menakutkan si belang atau guna bahan letupan seperti mercun

2-Jika bermalam buatlah unggun api atau senjata

3-Jika berhadapan dengan si belang,jangan sesekali pusingkan badan anda kerana tengkuk adalah sasarannya.Anda di nasihatkan berundur dengan perlahan-lahan.

4-Dan cara yang terakhir,bertawakallah kepada TUHAN.(kebiasaannya manusia bukan makanannya

HARIMAU KUMBANG

KUMBABGK,KUMBANG

-Harimau kumbang biasanya di malaysia berwarna hitam tapi ada sedikit tompok-tompok di badan si kumbang.Si kumbang memburu hidup secara bersendirian.Harimau ini berbadan panjang,berkaki pendek dan pandai berenang.Kebiasaan harimau ini menyerang mangsa dari atas pokok dan jarang menyerang mangsa melalui darat.dan akan melarikan diri jika terhidu bau manusia.

MENGENALI KEHADIRANNYA

1-Terlihat cakaran atai goresan kuku pada dahan pokok

2-Jika terjumpa tapak kaki(lebih kecil dari si belang) dan berbau hamis

3-Berbau hamis terlalu kuat.Dinasihatkan anda cemas,mungkin si kumbang ini berada hampir dengan anda atau mengekori anda.

4-Terjumpa bangkai haiwan yang baru dengan gigitan dan perdarahan berada di atas pokok

TINDAKAN YANG PERLU DI LAKUKAN

1-Menjerit sekuat-kuatnya untuk menakutkan si kumbang ini

2-Gunakan bahan letupan seperti mercun

3-Buat unggun api atau senjata untuk menakutkan si kumbang

4-Dan yang terakhir,macam biasa berdoalah pada yang esa,…Insyaallah semuanya akan selamat.

BABI HUTAN

VIETB

-Babi hutan dapat di kesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti di atas dan terlihat tanah yang di gembur-gemburkan.Haiwan ini jenis berkuku,bertaring dan mempunyai hidung yang kuat.Saiz haiwan lebih besar dari seekor kambing.Haiwan ini sangat garang terutamanya si betina yang mempunyai anak dan aktif pada waktu senja dan malam.Haiwan ini suka tinggal lembah atau lembab.

MENGENALI KEHADIRANNYA

1-Terlihat tapak kaki atau tanah yang di gembur-gemburkan

2-Bunyi yang kuat (babi dewasa),bunyi yang nyaring(akak babi)

3-Terlihat kesan lumpur pada pokok.Ini kerana babi memang suka bergesel pada pokok.

4-Terjumpa sarangnya seperti timbunan daun-daun atau ranting-ranting yang membentuk seperti busut

 TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN

1-Jika anda dikejar,anda hendaklah berlari ke kiri ke kanan(zik zak).Haiwan ini berlari secara lurus.Jika anda anda berlari secara lurus,peluang anda untuk di serang 99.9% tepat

2-Jika anda berhadapan dengan haiwan ini,jangan cemas.Berundur dan tunggu tindakan haiwan ini.Jangan sesekali buat haiwan ini terkejut

GAJAH

GAJAHK.GAJAH

 

-Gajah malaysia lebih kecil dari gajah africa.Jangka hayat untuk gajah hidup antara 60-80 tahun.Habitat gajah ini suka tinggal di hutan dara atau hutan skunder.Haiwan ini suka berehat bila keadaan cuaca menjadi panas,Mempunyai daerah atau kawasan sendiri untuk mencari makanan.Haiwan ini pandai berenang,cerdik dan pantas berlari.

MENGENALI KEHADIRANNYA

1-Terlihat tapak kaki atau najis yang masih baru.

2-Terlihat pokok yang tumbang

3-Jika anda terjumpa tahi gajah yang lama atau berbulat,anda di nasihatkan berada jauh dari kawasan ini,.Ini kerana kawasan tersebut adalah daerah haiwan ini.

TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL

1-Jika anda berjalan dan terjumpa seperti kesan-kesan di atas,anda diminta berhati dan bersedia bila terserempak dengan haiwan ini.

2-Apabila di kejar oleh haiwan ini,carilah pokok yang lebih besar untuk menyembunyikan diri anda atau panjat pokok yang lebih tinggi dari haiwan tersebut

3-Jika berhadapan dengan haiwan ini,jangan cemas.Tunggu dan tengok tindakan haiwan tersebut.Haiwan ini sangat agresit apabila tiba musim mengawan.

*HARAP ANDA SEMUA DAPAT MENGAMBIL SEDIKIT ILMU DARI ARTIKEL YANG TERENGGANU OUTDOOR CATATKAN

SEKIAN,TERIMA KASIH

TERENGGANU OUTDOOR

G

 

14 TEKNIK MENCARI AIR KETIKA KECEMASAN

-Tubuh kita mempunyai 42% adalah air dan 25% akan hilang jika kita berjalan di dalam hutan(bergantung pada cuaca atau keadaan).Tubuh kita memerlukan 2 liter sehari atau 6 gelas air sehari.Kehilangan air dalam tubuh akan mengakibatkan tubuh kita mudah letih atau kepanasan.Kemungkinan didalam perjalanan di hutan,belukar dan gunung,kita akan tersesat atau kita akan terputus bekalan utama kita iaitu air.Sungai atau air terjun terlalu jauh dari tempat anda berada.Oleh itu anda perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda.

-Disini TERENGGANU OUTDOOR akan berkongsi sedikit informasi yang mudah dan ringkas untuk mendapatkan air jika anda sesat di dalam hutan.

1-Pokok periuk kera

pasti terdapat air di dalam.

kera

 

2-Kelopak air

Jika ia hampir kering,gali sedikit kelopak air itu.Gunakan tuala atau kain untuk mendapatkan sumber air itu.

3-Gunakan baju

Ikat baju pada paha anda dan lalulah di kawasan berumput yang tingginya melebihi paras lutut anda untuk memerangkap air atau embun.

4-Gunakan baju atau kain

Ikatkan pada kayu(lebarkan)untuk memerangkap embun di waktu pagi

5-Pokok lumut

kebiasaannya ai lembab,cari dan perahkan untuk mendapatkan air

lumut

 

6-Dari rekahan batu,pokok-pokok dan lekukuan pokok

kemungkinan ada air yang bertakung didalamnya.Untuk pastikan ada air ke x,anda perhatikan semut atau najis burung di tempat itu

batu

 

7-Daripada akar tumbuhan

Potong dan ketuk dengan kayu untuk mengeluarkan air tersebut

8-Akar pokok tumbang atau tumbuhan berlembab

Potong dan perahkan sehingga mengeluarkan air seperti pokok mempelas)

9-Pokok dedaun yang berurat

potong pada pangkal daun untuk mendapatkan air

10-Pokok buluh

ketuk ruas buluh tersebut,jika bunyinya mampat(tidak kosong) pasti ada air di dalamnya

buluh

 

11-Buah-buahan

Seperti pokok kelapa,tebu hutan atau pokok buah nipah

12-Batang pokok pisang hutan

Potong batang pisang bahagian pangkal pisang,lebih kurang 8 inci dari tanah.Kemudian korek di bahagian tengah batang pisang seperti bulatan dan tunggu sehingga air keluar.

pisang

 

13-Jika anda berjalan dipermatang pada ketinggian yang tertentu.Pasangkan telinga anda untuk mendengar bunyi aliran air dari gunung atau bukit.

14-Jika terdesak juga,cari sarang burung atau sarang ayam huatn.Ambik telur tersebut dan minum perlahan-lahan.

 

*Untuk keselamatan masak terlebih dahulu air itu sebelum minum

SEKIAN, TERIMA KASIH

TERENGGANU OUTDOOR

Terdapat 2 barang yang amat penting dalam beg galas anda dan tak perlu di keluarkan dari beg dan mesti sentiasa berada dalam beg galas anda(terutama yang   selalu/kerap outing) iaitu:

 

1-PISAU

2-MANCIS(FIRE STARTER)

-Senarai barang diatas adalah penting sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tak  di ingini atau yang tak di sangka,umpamanya jika anda sesat di dalam hutan.Untuk hidup di dalam 2 barang ini amatlah penting untuk kita mencari jalan keluar dengan selamat.

PISAU

RAMBO

 

Pisau ini terserahlah kepada anda untuk menentukan kesesuaiannya.Besar atau kecil tidak penting.Pilihan yang baik adalah kualiti dah ketahanan pisau anda.jika boleh carilah yang berlipat supaya ia menjimatkan ruang..jika bersarung,pastikan sarung pisau itu keras dan dijamin ketahanan tidak mudah koyak.pastikan mata pisau sentiasa tajam.

 

MANCIS(FIRE STARTER)

 

starter

 

 

-Mancis adalah sahabat kita,kadang kala ia menjadi musuh kita.tujuan api ini adalah untuk memasak,memanas badan dan juga sebagai senjata.Tetapi untuk mendapatkan api kita memerlukan sumber untuk menghidupkannya.Jika anda kerap outing pastikan ia sentiasa berada dalam beg anda.Pilih tool yang berkualiti dan tahu cara mengunakannya contohnya fire starter.Ia perlu sedikit latihan untuk mengunakanya.

TERENGGANU OUTDOOR telah mencatitkan 2 barang yang penting dalam menghadapi situasi yang akan berlaku.TERENGGANU OUTDOOR akan menambah 4 lagi item sebagai keperluan terpenting.contoh Seperti barang di bawah:

1-first aid kit

bulan

 

2-5 in 1 whistle

kkkl

 

3- Emengency poncho

eeeeeeee

 

4-Tali berdiameter kecil berkualiti contoh seperti kermantle yang boleh tahan berat 200 kg

 

*Jika anda selalu outing,jangan terlalu mengharapkan pada penganjur..Malang tidaj berbau,musibah mungkin berlaku jika anda keseorangan.Di samping itu,tingkatkan ilmu untuk belajar mengenai cara survivable di hutan.

Terima Kasih

TERENGGANU OUTDOOR

Image

Apakah itu kepala air

-maksud kepala air ialah ibu air atau lipahan air yang besar.Jika di rujuk pada kamus dewan edisi empat pula ia bermaksud “permulaan atau penghabisan air bah” atau di kenali sebagai “lidah air”.Fenomena ini berlakudi seluruh dunia dan kadangkala banyak meragut nyawa.Dengan ini Terengganu Outdoor akan mencatitkan punca,cara mengesan dan teknik-teknik menyelamatkan diri jika berlaku kepala air.

Punca atau sumber kepala air

1-HUJAN DIHULU SUNGAI YANG LUAR BIASA

-Akibat daripada itu akar pokok tidak dapat menahan air untuk diserap ke dalam tanah maka ia terus melimpah dan masuk ke sungai denagan banyak

2-BERLAKU TANAH RUNTUH

-Ini akan menghasilkan empangan-empangan kecil yang menakung air.Kesannya,jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air,ia akan pecah,Itu yang menyebabkan berlakunya kepala air

3-HUJAN DI KAWASAN TANAH TINGGI

-walaupun akar pokok memperlahankan proses air mengalir ke sungai,namun jika berlakunye hujan lebat.Maka air akan melimpah masuk ke sungai dengan kadar yang banyak dan laju.

4-EMPANGAN PECAH ATAU GEMPA BUMI

-Ini jarang berlaku dan di minta anda berhati-hati.

CARA MENGESAN JIKA DIJANGKA AKAN BERLAKU KEPALA AIR

Image

1-Jika anda mandi di sungai atau air terjun(terutama musim hujan),cuba lihat sekeliling kawasan dan cuba cari sebarang tanda aras air dikawasan itu.Selepas itu anda di minta untuk menanda aras selamat contohnya menggunakan kayu atau batu sebagai penanda samada paras air naik atau tidak.

2-Dengan melihat perubahan warna air dan arus yang mengalir.Jika warna air bertukar menjadi keruh,anda di minta menyelamatkan diri sebelum berlakunya kepala air.

3-Kadangkala perubahan pada warna air berlaku tapi perubahan pada deras akan berlaku.Jika anda merasa tekanan pada kaki seperti tengelamnya di dasar sungai atau air terjun(akibat pasir) maka anda perlu naik ke tempat yang selamat.

4-Dengan melihat ke atas puncak gunung atau lembah pengunungan,anda mesti melihat pergerakan awan atau langit.Sekiranya mendung atau keputihan(hujan nak turun)maka berfikirlah 2 kali sebelum anda mahu melakukan aktiviti riadah di sungai atau air terjun.

APA YANG PATUT DI BUAT JIKA BERLAKU(MENYELAMATKAN DIRI)

-Cari kawasan yang tinggi dan jauh dari sungai

-Berlari ke kawasan yang tinggi atau memanjat pokok yang lebih tinggi.

-Berpautlah pada dahan atau ranting sekiranya kepala air berlaku

-Minta bantuan rakan atau sesiapa sahaja yang berhampiran dengan anda.Jangan sesekali anda berenang.kebiasaannya arus akan membawa anda sekali dan akan menyebabkan kecederaan yang atau meragut nyawa.

-Dan akhir sekali,mintalah bantuan pasukan penyelamat dan tunggu sehingga keadaan kembali seperti biasa.

Image

Image

*SEKIRANYA ANDA MAHU MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH,CARILAH TEMPAT YANG BETUL-BETUL SELAMAT DAN DI MINTA ANDA SEMUA BERHATI-HATI..

TERENGGANU OUTDOOR

 

 

 

IMG_0002

Flysheet ini selalunya digunakan sebagai pelindung tambahan untuk khemah,ada juga diantara mereka yang diluar sana tidak menggunakan khemah dan menjadikan flysheet sebagai ‘Atap’ utama mereka.Sebenarnya tiada undang-undang khusus mengenai cara penggunaanya.Kebanyakan mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti luar ini mungkin tidak mengetahui cara lain untuk memasang flysheet.Oleh itu kami disini ingin berkongsi sedikit ilmu dan informasi sebagai rujukan tambahan kepada anda dalam menghadapi aktiviti luar nanti.Semoga dengan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu dan kami memohon maaf jika ada yang tersalah dalam perkongsian ini.

 

Mari kita tengok saiz dahulu,

Selalunya Flysheet didatangkan dalam 3 saiz

Material nya biasanya dilengkapi dengan Silver Coating (lapisan warna perak)

Saiz 

7 x 7 kaki = Rm 30.00

7x 10 kaki = Rm 42.00

10x 12 kaki = Rm 55.00

**Digalakkan untuk pilih yang besar supaya ianya dapat merangkumi keluasan tapak anda.

 

Cara Pertama 

Cara paling asas untuk memasang flysheet.Kebanyakan orang didedahkan dengan teknik ini dan boleh dikatakan ianya teknik yang paling mudah.

-Cari 2 batang pokok yang kukuh.

-Ikat tali diantara  2 pokok berkenaan

-Tegangkan tali dan letakkan flysheet diatasnya

-Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah

-Siap dan boleh Kroooh Krooohh dengan selesa :p

Cara Kedua

Cara yang hampir sama dengan cara pertama cuma bezanya pokok kayu digantikan dengan tiang sebagai asas.

-Pacakkan tiang dengan kukuh dengan kedalaman sekurang-kurangnya 1 kaki dalam.

-Laraskan ketinggian tiang

-Buat tali pengimbang pada sisi tiang untuk mengukuhkan tiang

-Ikat tali diantara dua tiang itu dengan kuat dan pasang flysheet diatasnya

-Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah

-Siap

Cara ketiga

Cara sama seperti dua cara diatas cuma bezanya groundsheet digantikan dengan hammock (buai gantung)

-Pasang hammock dulu sebelum setup flysheet.

-Setup flysheet cun-cun

-Siap

Cara keempat

Dari segi cara pasang sama seperti cara pertama.

-Pasang khemah siap-siap

-Kemudian barulah setting flysheet ikut kesesuaian.

-siap

IMG_0001

cara kelima

-ini adalah cara yang paling menarik

-cari pokok yang boleh dilentur seperti buluh atau pokok muda.lenturkan pokok atau buluh,kemudian  ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang(tengok gambar)

-ikat tali pada 2 penjuru flysheet,kemudian gantungkan flysheet pada pokok yang telah di lenturkan

-cara sesuai jika anda kekurangan tali uatama.

siap.

cara keenam

-untuk melalukan cara ini,anda perlulah mencari pokok yang mempunyai ranting atau dahan yang panjang

-ikat sedikit pada hujung flysheet dan gantungkan pada dahan(rujuk pada gambar)

-kemudian letak pacak kayu di bahagian belakang(rujuk pada gambar)

-tegangkan tali supaya flysheet berada dalam keadaan yang sesuai

-siap

cara ketujuh

-untuk melakukan cara ketujuh ini,anda perlukan mencari pokok yang rendah atau berdahan rendah(rujuk pada gambar)

-ikat pada pertengahan flysheet

-cara ini sesuai jika tiada tali utama atau cara yang paling cepat

siap

cara kelapan

-cara ini paling jarang dilakukan

-letakkan pacang kayu yang besar dan kukuh ditengah-tengah flysheet

-tarik keempat bucu flysheet

-ikat dan pacangkan pada tanah

siap dan boleh berehat …….

IMG

cara kesembilan

-cara yang paling mudah dan cepat

-susun bag mengikut ketinggian yang anda inginkan

-pasangkan flysheet ikut cara biasa(rujuk pada gambar)

-kemudian ikat tali pada keenam-enam lubang dan pacangkan pada tanah

-siap

cara kesepuluh

-cari tanah rata,kemudian terbalikkan kayak ke sisi

-buat penahan untuk mengelak kayak daripada tumbang,anda boleh letak kayu atau batu sebagai penahan

-kemudian pasang flysheet seperti biasa

siap

cara kesebelas

– Untuk melakukannya cari balak yang tumbang.

-bersihkan kawasan itu

-pasang flysheet seperti biasa dan tegangkan dengan tali atau batu

-Boleh buat cara ini jika kecemasan.

cara kedua belas

-untuk melakukan cara ini,cari pokok atau penahan

-dijadikan bingkai untuk khemah

-pasang flysheet dan cerutkan pada pokok atau penahan

-tegangkan dengan tali atau batu

-Boleh buat cara ini jika kecemasan.

-siap

 

Inilah rencana (bloG) pertamaTERENGGANU OUTDOOR untuk 2013. semoga menjadi sumber rujukan untuk rakan-rakan yang meminati adventure. Mugkin ada cara lain lagi yang TERENGGANU OUTDOOR tidak tahu, danTERENGGANU OUTDOOR berharap agar dapat diberitahu untuk kebaikan semua.

SEKIAN TERIMA KASIH

 

khemah untuk iklan

 

 

1.Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik.

2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan

3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan

4..Perlindungan-dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai ‘netting’. di pintu dan ‘ventilation’ yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah tersebut.

5.Ukuran- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.

6.Kalis air-kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%

7.Tahan lasak-sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.

8.Mudah dipasang dan dibuka- lagi senang dipasang lagi bagus

tapak perkhemahan

 

Teknik Memilih Tapak Perkhemahan

1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.

 

 

Awas!Elakkan Dari Tempat Berikut 

1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)

2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)

6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)

7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)

8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.

9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)

11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)