Archive for the ‘Navigasi’ Category

“Kalau diikutkan hati nak ke kiri,tapi kepala kata ke kanan…arghhh…pusing balik la..eh,kejap tadi mari ikut celah batu tu..alamak…pening la beb..”

 

sesat

 

 

Situasi diatas mungkin pernah berlaku kat diri kita..tak kira la dalam hutan ke,dalam kereta ke,kat shopping mall dan sebagainya tapi entri kali ni nak fokus bagaimana cara nak cari arah tanpa menggunakan kompas mahupun GPS.Apabila kita travel ke dalam hutan atau tempat asing kadangkala kita tertinggal kompas,kadangkala kompas pecah dan bermacam situasi yang menyebabkan kompas tak dapat diguna..

Bagaimana yer?

Terdapat 7 kaedah yang kami fikir agak sesuai untuk dikongsikan kepada anda terutamanya ketika berada di dalam situasi hilang arah.Meh kita baca kat bawah….

 

Cara Pertama

Jarum Di permukaan Air

jarum airA

Ada diantara kita yang pernah mengikuti mata pelajaran sains masa kat sekolah dulu,cikgu suruh eksperimen cari arah guna jarum kan tapi masa tu kami sakit perut pastu tak masuk ekspiremen tu..hehehehehe :p

Ok caranya camne?

Bahan-Bahan

  1. Gabus
  2. Jarum
  3. Mangkuk
  4. Air

Cara-Cara

  1. Sediakan semangkuk/sebekas air
  2. Gosok jarum pada permukaan besi atau kain untuk wujudkan/kuatkan medan magnet
  3. Tusuk jarum pada gabus
  4. Apungkan jarum tadi diatas air
  5. Jarum akan menunjukkan arah utara @ selatan

Cara Kedua 

Melihat tanah perkuburan orang islam 

kubur islam

 

Kalau anda berada di tempat asing dan terjadilah cerita anda tersesat kat sana (minta dijauhkan),dengan melihat kubur juga boleh menentukan arah.Tengok nisan yang menandakan kepala,orang islam kepala dihadapkan ke arah kiblat.

Cara ketiga

Masjid

masjid kristal

 

Salah satu cara lain ialah dengan menggunakan masjid,maanfaatkan arah kiblat yang terletak didalam masjid.

Cara keempat

Melihat jam dan posisi matahari

suunto

 

Apabila anda tersesat dalam hutan,jangan panik,memang sukar untuk menentukan arah tanpa kompas tapi kita boleh berikhtiar dengan cara menggunakan jam dan matahari

Nota : Kaedah jam berpusing satu arah (12 dail) adalah mengikut arah pergerakan matahari yang terbit dari arah timur ke barat

Lihat waktu pada masa anda sesat dan kemudian tengok matahari.jadikan arah matahari terbit sebagai panduan.

Cara kelima 

Bayangan benda

bayang pokok

 

Ni kalau anda sesat disiang hari,setiap benda legap yang mengenai cahaya akan menghasilkan bayang.caranya letakkan sebatang kayu di permukaan lapang,pada waktu siang menghala ke petang,bayangan akan mengarah ke arah barat dan jika anda tersesat pada waktu siang ke arah pagi,bayang akan menunjukkan arah timur.

Cara keenam

Manfaatkan pokok besar

pokok besar

 

Situasinya bila anda sesat di kawasan yang penuh dengan pokok.Cari pokok yang besar gituuu..

Pastu tengok dahan dan sisi pokok besar tersebut.Sisi pokok berbatang besar selalunya tidak berlumut menunjukkan arah timur/barat.

Kalau sesat pada malam hari,cari sisi pokok yang paling besar dan raba pokok untuk rasa suhu.sisi yang paling panas menunjukkan arah barat sebab matahari tenggelam ke arah barat,makanya bahagian itu paling lambat terkena sinaran matahari.

Cara ketujuh 

Bintang malam

Tiga malammmmm tanpaaa bintannnnggg…teringat plak kat fiq penyanyi tu.. hehehehe

orion

 

Bila anda tersesat pada waktu malam tengoklah bintang orion ni..bintang 3 yang duduk selari tu..bintang ni orang putih cakap macam kala jengking dan ianya menunjukkan kearah barat.

 

That’s All…semoga memberi manfaat untuk anda..insyallah dan sama-sama kita berdoa sebelum memulakan sesuatu dengan bismilahirahmanirahim…

 

Terengganu Outdoor

Sejarah Kompas

Posted: 23/01/2013 in Navigasi

Sumber dari wikipedia

Kompas merupakan alat navigasi yang membantu pelaut dalam mencari arah sebenar di muka bumi.Kompas seperti diketahui merupakan alat yang paling tepat menunjukkan arah di muka bumi.Mengikut ahli sejarah,kompas mula dicipta pada kurun ke 11 dan seterusnya di gunakan oleh pelayar eropah kira-kira tahun 1300 Masihi.

Asas Kompas

Kompas mengandungi jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet bumi.Empat arah asas kompas ialah Utara,Timur,Selatan dan Barat

Secara teknikal,kompas diperbuat dari sebatang jaru yang akan menunjukkan arah utara berdasasrkan medan magnestosfera.Jarum kompas itu akan dengan sendirinya menunjukkan arah utara apabila diletakkan di tempat yang rata.

Selain kompas pelaut, kompas lain ialah  dan kompas falak untuk menentukan utara benar. Kompas kiblat pula diubahsuai untuk menunjuk ke arah Makkah.

Sejarah Kompas

Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama.

Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak.

Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam.

Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa.

Contohnya ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi.

Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah.
Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut.

Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.

Mesoamerika

Penemuan artifak Olmec hematite oleh John Carlson di Amerika menunjukkan alat ini telah digunakan seawal 1000 tahun masehi. Olmec boleh digunakan berpandukan kepada objek hidup atau objek-objek mati.

Jarum & Mangkuk

Alat asas sebuah kompas ialah sebatang jarum, mangkuk, air dan sehelai kain / sutera yang boleh terapung di atas air. Jarum itu hendaklah digeser-geserkan terlebh dahulu pada mana-mana besi seperti pada pedang supaya besi jarum itu mempunyai medan magnet. Alat ini telah digunakan di seluruh dunia sebagai sebuah kompas hinggalah terciptanya ‘kotak kompas’ sekitar 1300 masehi

China

Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.

  • Sastera kuno China telah mencatatkan tentang magnetisme pada abad ke-4 Masihi dalam buku Book of the Devil Valley Master yang menyebut tentang sebatang besi magnet yang menolak dan menarik besi-besi lain.
  • Sebatang jarum bermagnet mula disebut oleh China sebagai Louen-heng pada 20 atau 100 ad. Antara catatannya ialah ‘seketul magnet telah menarik dan menolak sebatang jarum’. Sarjana Wang Tchen-touo pula mencatatkan kompas mula dibina menggunakan sudu sahaja.
  • Kompas dicatat sebagai alat untuk mencari arah telah dirakam semasa zaman Dinasti Song pada 1040-44 Masihi. ‘Sebatang besi yang selatannya menunjukkan arah kawasan menangkap ikan’. Besi ini diletakkan di permukaan air dalam sebuah mangkuk. Besi itu hendaklah boleh terapung dengan meletakkan kain sutera. Tentera yang tenggelam punca pada waktu malam atau cuaca mendung, mereka telah menggunakan besi ‘selatan ke arah kenderaan’ atau ‘selatan ke arah ikan’.
  • Catatan sastera kuno China Dinasti Song bertajuk ‘Kumpulan Karangan Mimpi’ pada 1086 Masihi oleh Shen Kuo menyatakan sebatang jarum boleh menunjukkan arah selatan dan arah utara.
  • Kompas sebagai alat pelayaran telah diceritakan oleh Zhu Yu dalam buku ‘Meja Perbincangan Pingzhou’ pada 1111 hingga 1117 Masihi. Antara lain dicatatkan ahli pelayaran mengetahui keadaan geografi, meneliti tentang bintang-bintang pada waktu malam, tetapi jika waktu malam pekat tanpa bintang, mereka menggunakan jarum kompas.

Revolusi kompas di China

  • Ciptaan kompas semakin dimajukan oleh ahli pelayaran China. Arah kompas menjadi 48 arah. Buku ‘Kastam Kemboja‘ pada 1296 mencatatkan seorang diplomat China bernama Zhou Daguanyang belayar dari Wenzhou ke Angkor Thom di Kemboja. Dia telah menggunakan arah jarum kompas ‘ding wei’. Arah ding wei bermaksud 22.5 darjah. Selepas tiba di Baria, dia beralih pula ke arah ‘kun shen’ yang bersamaan 52.5 darjah.
  • Peta pelayaran Zheng Dia atau Pemetaan Mao Kun mengandungi maklumat tentang arah perjalanan yang dilalui oleh Laksamana Zheng He ke Asia Tenggara dan lain-lain.

Perdebatan

Ada perdebatan tentang kompas ciptaan China ini. Ini termasuklah tentang :

  1. Penggunaan kompas semasa perjalanan dari China ke Timur Tengah melalui Laluan Sutera dan kemudian sampai ke Eropah.
  2. Penggunaan kompas China di Eropah dan dari Eropah ke Timur Tengah.
  3. Pembaharuan kompas di Eropah dan kemudian digunakan digunakan di Timur Tengah.

Perbezaan

Jarum kompas ciptaan orang Eropah sentiasa menunjuk ke arah utara. Jarum kompas ciptaan China sentiasa menunjuk ke arah selatan. Sebenarnya konsep asas utara dan selatan adalah sama. Jarum kompas adalah sebatang jarum besi bermagnet yang mempunyai dua hujung, satu ke arah selatan dan satu lagi ke arah utara.

 

Terengganu Outdoor