Ripin nak tahu cara-cara packing barang dalam backpack….Habis cara doh Ripin buat tapi tak boleh-boleh..Tolong bagi ilmu ke Ripin cikit..

Posted: 27/01/2013 in Backpack

downloadimages

PENING-PENING !!!!!!!!!! TOLONG

Cakap pasal makan semua orang tahu,memasak semua tahu,pakai baju lagilah mudah tapi kalau bab packing barang,semua orang mengeluh…adoooiii.Susah sangat ke??????Masih ramai lagi yang tak tahu menyusun barang dengan betul.Nak packing pun kena ada sistem,jangan sumbat mcm tu jew.Di sini TERENGGANU OUTDOOR akan berkongsi sedikit ilmu dengan anda mengenai cara-cara packing dalam backpack.

Panduan ini mungkin berguna kepada anda dari segi makanan,khemah,penyusunan barang dan barang apa yang anda nak bawa….

PERSEDIAAN AWAL

1-DIRI

2-PERSEDIAAN BARANG

-Diri

*Diri seperti biasa kene fit, berstamina kalau nak buat aktiviti lasak nie. sekurang2nya korang dah sebulan awal kene jogging… dapat 3 kali seminggu dah ok.Petua ni sangat bagus..Terpulang pada anda semua..Anda yang rugi,.Jangan sampai pengsan bila galas beg nanti.

-PERSEDIAAN BARANG

*Hikking dan Trekking antara aktiviti popular bila bercerita pasal rekreasi nie. Selain nak bersenam, amik gambar permandangan, ianya mampu merilekkan minda anda(kata orang wak hilang stress). Tetapi kebanyakan orang membuatkan aktiviti ini menjadi susah dan meletihkan kerana barang keperluan yang mereka bawa dalam backpack mereka(2-3 beg). Lebih sikit berat memberi impak yang luar biasa sewaktu kita berjalan.Ingat!!!!!bawa barang yang penting saje.

1. Cari peralatan yang paling kecil dan ringan untuk kegunaan anda. Sebagai contoh tak perlu bawak periuk nasi yang besar .Mestin pun dah cukup sebenarnya
2. Bahagikan makanan dan peralatan antara ahli kumpulan. Khemah boleh dikongsi tapi jangan anda nak bawak semua. rangka bagi rakan lain bawak, flysheet bagi orang lain bawak. dengan cara ini dapat membantu mengurangkan bebanan yang anda bawa.3. Pakaian cukup sepasang untuk tidur malam, sepasang untuk hiking dan trekking. Pastikan seluar tahan lasak, baju dari kain yang cepat kering, jaket dan windbreaker yang tak terlalu tebal.

4. Tukar bekas besar kepada kecil. sebagai contoh ubat gigi. tak perlu anda bawa semua, tuangkan ke bekas yang kecil mengikut keperluan. Kicap… tukar botol kaca kepada botol plastik ( mineral) bagi mengelakkan anda bawa keseluruhan bekas… dah la berat kaca tu,..Bila dah pecah,x kepunan nak makan telur masak separuh…Hahahaha5. JANGAN LUPA peralatan penting seperti kompas, peta, fire starter…. tak perlu kompas besar2 sangat, asalkan kecil ringan dan berfungsi dengan baik dah memadai. Pemetik api dan bahan2 elektronik bungkus dengan bag plastik kalis air.

Cara susun pun ada seni dia…. kedudukan barang berat, separuh berat, ringan, keperluan penggunaannya penting. sleeping bag jika basah akan memberatkan backpack anda… so untuk keselamatan ketika menyeberangi sungai atau hujan…. masukkan plastik sampah tebal 2 lapis dalam beg anda, kemudian barulah susun barang seperti di atas. pastikan masing2 berbungkus dan diikat bagi mengelakkan barang makan rosak dan basah.
CARA SUSUN BACKPACK ANDA
Packing
pack-hiking-backpacks-1.2-120X120
-Harap Ripin dan anda semua dapat mempelajari sedikit ilmu dari Terengganu Outdoor..Kalu Ripin ada apa-apa masalah lepas ni,Bolehlan Ripin rujuk pada Terengganu Outdoor
 .SEKIAN,TERIMA KASIH
TERENGGANU OUTDOOR STORE.Ingin mencari barangan outdoor?

Hubungi kami di Cekal Bekal Outdoor Store,

455-E Jalan Kuala Berang,Merbau Patah

20050 Kuala Terengganu,Terengganu

Tel:09-6233133

Fax:09-6233133

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s