Kisah di Sebalik Deuter

Posted: 21/01/2013 in Backpack

deuter

 

1. Di manakah lokasi kilang pembuatan Deuter?

Sebenarnya banyak informasi yang kita dapat tentang lokasi kilang deuter ini,ada yang kata di jerman,ada yang kata di thailand,pun begitu daripada info yang kami terima dan kajian yang kami buat,mari kami ceritakan serba sedikit tentang sejarah awal deuter.

Sebelum tahun 1996,kilang pembuatan deuter beroperasi di Germany,namun atas kekangan ekonomi seperti kos buruh yang meningkat adalah tidak relevan untuk pihak syarikat mengekalkan operasi di negara asal mereka .Bernd Kullman,deuter CEO telah berkenalan dengan seorang usahawan Vietnam Mr. S.H Oh iaitu pemilik Duke Trading semasa di Munich Sport Trade Fair,the ISPO pada tahun 1994.

Setelah melalui beberapa siri perbincangan,akhirnya mereka berdua bersetuju untuk membuka kilang memproses barang deuter di Vietnam.Pihak pengurusan deuter telah mengambil langkah yang bijak dengan memindahkan operasi kilang mereka ke benua asia yang mana kos operasinya adalah lebih ekonomikal berbanding di Germany.Kilang deuter di Vietnam dikendalikan oleh syarikat milik Mr.S.H Oh tadi iaitu Duke Trading yang terletak di Saigon yang mempunyai pekerja mahir seramai 2800 orang.

Untuk maklumat,barang deuter original tidak dipasarkan di Vietnam dan ianya hanya untuk dieksport kepada 45 buah negara luar.Maka tidak mustahil anda sukar untuk menemui barang deuter asli di Vietnam.

 

2.Adakah terdapat Deuter Made In Germany?

Ya,tetapi hanya untuk barang sebelum tahun 1994 iaitu sebelum kilang deuter berpindah ke Vietnam,bagi model-model terkini,adalah mustahil untuk menemuinya kerana di Germany,pihak R&D mereka hanya melakukan proses rekabentuk dan design sebelum dihantar ke Vietnam untuk proses pembuatan prototaip.Seterusnya,jika prototaip itu diluluskan oleh pihak di Germany,maka proses pembuatan akan dilakukan di Vietnam yang mempunyai 32 production line yang boleh menyatukan sebanyak 221 komponen untuk menjadi satu produk deuter.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s