Deuter : Ori ke Tidoookkk?

Posted: 21/01/2013 in Backpack
Tag:

garu kepala Macamana nak tau ni ori ke tidooookk?

 

Mungkin persoalan ini sering berlegar atau pernah terlintas di fikiran anda.

“eh,tadi aku tgk dalam blog tu ade jual deuter,ori ke tak eh?”

“kawan aku beli bag deuter haritu murah giler,lawa plak tu tapi munasabah ke dengan harga?”

“aku ke kedai kat sana tu tadi,kat dalam tu banyak jual bag,tapi aku tak tau yang mana satu ori yang mana satu tipu sebab kalau tengok tu macam sama jer…harga pon lebih kurang,karang kalau aku beli tertipu plak macammane?”

Kami disini ingin berkongsi sedikit informasi untuk rujukan anda.Berbelanjalah dengan bijak!

Berikut beberapa tips yang kami rasa agak sesuai dan senang untuk diperhatikan bagi menilai keaslian produk deuter tersebut.

Cara pertama

tag deuter

 

(Gambar diatas adalah sekadar hiasan)

Sebolehnya minta izin dari penjual untuk meneliti sebentar tag seperti gambar di atas.Anda boleh memeriksa tag kerana melalui tag ade 3 perkara yang perlu diambil perhatian iaitu

Pertama

Jika asli ianya tertulis ” Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GmbH & Co KG Germany”

Kedua

Yang tak ori pulak dia tulis “Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GmbH German”

Warna tag

Asli bewarna putih ATAU hitam dan ada serial nombor di belakangnya.

material deuter

Cara Kedua

Cara ini lebih kepada pengenalan atau pengamatan fizikal produk itu

Perhatikan material atau fabrik bag.Pastinya yang original kelihatan lebih berkualiti dari yang tidak asli.Anda jugak boleh sentuh meterial tersebut dan biasanya yang asli akan membuatkan deria rasa kita mengesan ketebalan yang lebih tinggi.

Material strap dan buckle juga kelihatan lebih anggun jika produk itu asli.

Cara ketiga

Pastinya cara ketiga ini anda perlu merasa sendiri dengan mencuba bag itu dengan menggalasnya.Produk yang asli akan membuatkan si pemakai berasa amat selesa dan tegap,manakala yang tidak asli akan membuatkan si pemakai berasa tidak selesa.

Cara keempat

Mantera keempat ini mengenai ketahanannya.Deuter asli boleh bertahan sehingga 15-20 tahun,mari kita lihat satu situasi.

Fahrin membeli sebuah bag original deuter yang beharga RM759

Perkiraan asasnya

Rm759/15tahun (180Bulan)

=Rm50.6 /12bulan

=Rm 4.22 sebulan

=Rm4.22/30 hari

=Rm 0.14 sen sehari

Maknanya,Fahrin hanya perlu menyimpan belanja sebanyak Rm0.14 sen sehari untuk memiliki sebuah bag deuter asli yang mampu bertahan sekurang-kurangnya 15 tahun akan datang.Wahhhh…lagi murah dari sebatang rokok tu bang!

Jadi,persoalan disini,kenapa perlu bei yang tidak asli jika ianya hanya mampu bertahan setahun dua saja?

Untuk pengetahuan,warranti Deuter adalah Lifetime (seumur hidup),statistik yang dikeluarkan oleh HQ deuter di Germany,syarikat tersebut hanya mendapat 0.3% aduan kerosakan dan itupun daripada produk yang melebihi 10 tahun hayat penggunaanya.

Cara kelima

deuter spider    deuter ejster

 

Cara kelima ini anda perlu lihat rekabentuk luarannya.Pertama kita boleh lihat mutu sulaman pada produk,selalunya produk yang tidak asli mempunyai nama yang agak unik dan selalunya dijahit di kepala bersama nama model.

Cara keenam

Perang harga

Sudah menjadi lumrah barang yang tidak asli akan mempunyai harga yang jauh lebih murah bagi membolehkan peniaga barangan yang tidak asli ini menjual produk mereka.

Cara ketujuh

Dan yang terakhir,untuk memastikan keaslian barang,anda boleh merujuk di laman yang tertera http//www.deuter.com/en_DE/backpacks.php?category=11

Selain itu deuter asli mempunyai colour code sendiri iaitu 4700 untuk warna granite fire,4220 untuk warna anthracite-moss dan sebagainya manakala yang tidak asli hanya menyatakan warna merah,hitam,biru dan sebagainya.sos

Jadi terpulang pada anda untuk membeli yang asli atau tidak asli.Itu adalah hak anda.Dengan merujuk pada fakta-fakta dan informasi yang kami berikan,anda boleh membuat keputusan yang tepat untuk kepuasan diri anda

ykkk

 

Kesimpulan di sini adalah,model soal jawab ini memberikan banyak pengetahuan kepada pembeli tentang keaslian sesuatu barang.Jadi berhati- hatilah semasa membeli dan tingkatkan pengetahuan demi menjamin hak anda sebagai pembeli suapa tidak tertipu…

 

Sekian, Terima kasih.

Terengganu Outdoor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s